Sunday, April 26, 2009

UMB System - Pendaftaran Hotlink melalui E-reload

Kepada para wakil penjual Maxis, dibawah ini kami menyediakan langkah-langkah yang perlu di guna pakai untuk pendaftaran pelanggan baru Hotlink.
Kegagalan para wakil penjual mematuhi syarat yang diperlukan akan menyebabkan penggunaan pendaftaran melalui E-Reload akan di tarik balik semula. Kami berharap, para wakil penjual Maxis peka akan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) ini.

Langkah 1 – Melengkapkan Maklumat Peribadi Pelanggan di borang HOTLINK
Pelanggan perlu melengkapkan maklumat pribadi ke dalam borang HOTLINK yang disediakan. Maklumat yang perlu di isi adalah seperti berikut :-

1.1 – Maklumat yang perlu di hantar melalui e-reload/ telefon bimbit
i. Nombor Telefon :- 12/0142/017-XXXXXXX
ii. Nama
iii. No. Kad pengenalan,
iv. Alamat dan poskod

1.2 – Maklumat yang perlu di isi di dalam borang pendaftaran
i. Nombor Telefon :- 12/0142/017-XXXXXXX
ii. Nama
iii. No. Kad pengenalan,
iv. Warganegara,
v. Bangsa,
vi. Agama
vii. Jantina
viii. Tarikh lahir.
ix. Alamat dan poskod
x. Tandatangan
xi. Dealer harus cop dan isikan no “source code” pada borang tersebut.

Langkah 2
Tekan *101*2*1# dan hantar/send

Langkah 3
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

The Manager,
Business Operations,
Level 16, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Atau fax kepada: 1 800 82 0212

* Borang boleh di lipat dan dijadikan sebagai sampul surat dan tidak memerlukan setem.

Nota :-
Pastikan anda menghantar borang pendaftaran yang lengkap ke Maxis dalam masa 7 hari.
Kegagalan menghantar borang dalam jangkamasa tersebut akan menyebabkan talian pelanggan anda akan mengalami gangguan atau penggunaan UMB system anda akan dihentikan dan hanya boleh menggunakan AMR system sahaja.


MAKLUMAT PELANGGAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN MENYEBABKAN PENDAFTARAN MELALUI E-RELOAD AKAN DIBERHENTIKAN!!!!!!

No comments:

Post a Comment